Wanita bunuh ibu hamil, ambil janin

HOUSTON, 16 OKT – Seorang wanita Amerika ditahan kerana disyaki membunuh seorang wanita hamil dan mengeluarkan janin dari rahimnya.

Taylor Parker, 27, ditahan di penjara Texas dan ikat jamin sebanyak AS$5 juta ditetapkan semalam.

Parker ditahan Jumaat lalu selepas memberitahu polis bahawa dia baru saja melahirkan anak damit yang tidak bernafas, kata pihak berkuasa di Oklahoma minggu ini.

Dia yang mengatakan melahirkan anak damit di tepi jalan, dikejarkan ke sebuah hospital di mana anak damit terbabit disahkan meninggal. – AFP