Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita China dipenjara tinggal lebih masa

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Seorang wanita warga China yang tinggal melebihi masa di negara ini, dihukum enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

    Zhengsu Zhang, 54, mengaku salah atas tuduhan tinggal selama 1,848 hari setelah pas melawat yang dikeluarkan kepadanya mansuh pada 27 Januari 2012.

    Tertuduh menyerah dirinya ke Unit Penguatkuasaan Imigresen pada 13 Januari 2018.

    Sepanjang berada di negara ini, tertuduh bekerja sebagai pembantu rumah bagi menyara dirinya dan membayar sewa bilik.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda