TURKIYE, 23 FEB – Seorang wanita cuba menyelinap keluar dari sebuah hospital swasta di Istanbul, Turkiye, beberapa jam setelah menjalani pembedahan plastik untuk mengelakkan daripada membayar prosedur tersebut, baru-baru ini.
Menurut laporan Oddity Central, kejadian itu dilaporkan berlaku minggu lalu di sebuah hospital swasta di kejiranan Sisli, Istanbul dan dirakam oleh kamera yang diambil oleh orang yang lalu-lalang.
Dalam klip pendek yang tular dalam talian menunjukkan seorang wanita yang memakai baju hospital dan selipar putih dapat dilihat bertelagah dengan doktor dan jururawat yang cuba menghalangnya pergi.
Wajah wanita itu kelihatan bengkak dan hampir sepenuhnya ditutup dengan pembalut, selepas dia baru sahaja menjalani pembedahan plastik beberapa jam sebelumnya. Motif wanita itu bertindak untuk meninggalkan hospital sebaik sahaja anestesinya hilang adalah cuba mengelak daripada membayar bil untuk prosedur itu.
Saluran berita Turkiye, NTV melaporkan bahawa wanita asing itu, yang identiti dan kewarganegaraannya belum didedahkan, telah pergi ke Turkiye untuk menjalani pembedahan plastik di wajahnya. – Agensi
