Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita cuba serang Sultan Perak ditahan

    IPOH, 31 OGOS –  Polis menahan seorang wanita yang cuba menyerang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak di sini hari ini. 

    Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata wanita yang mempunyai rekod rawatan psikiatri itu ditahan pengawal keselamatan bertugas selepas masuk melalui tepi pentas ketika lagu kebesaran negeri Perak berkumandang.

    Situasi cemas apabila seorang wanita cuba menyerang Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di atas pentas utama ketika upacara sambutan rasmi berkenaan. – Bernama

    “Siasatan awal juga mendapati wanita berusia 41 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah, namun ujian air kencing hari ini mendapati suspek negatif dadah. Suspek juga mempunyai rekod rawatan psikiatri dan sedang berada di bawah rawatan pakar,” katanya dalam kenyataan. 

    Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah. 

    Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2025 di Bangunan Bandaran Ipoh hari ini. – Bernama

    Terdahulu, ketika Sultan Nazrin sedang memberikan tabik hormat, seorang wanita meluru dari barisan belakang tetamu di atas pentas utama dan menyentap tangan baginda sebelum ditahan oleh pengawal keselamatan serta dibawa keluar.

    Sultan Nazrin kemudian meneruskan upacara berkenaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda