Monday, March 31, 2025
27.9 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Wanita dalam kemeja Charlie Hebdo ditikam

LONDON, 26 JULAI – Polis UK berkata hari ini mereka sedang menyiasat serangan pisau ke atas seorang wanita di taman London, dengan gambar dalam talian menunjukkan wanita itu memakai kemeja-T dengan kartun dari Charlie Hebdo, majalah Perancis yang disasarkan oleh pejuang jihad.

Wanita berusia 39 tahun itu menerima rawatan di hospital untuk luka ringan selepas serangan semalam di Speakers Corner di Hyde Park, kata polis Metropolitan.

Gambar yang disiar di YouTube menunjukkan seorang lelaki dalam baju berhud mendekati wanita yang sedang memegang payung dan menikamnya beberapa kali.

Lelaki itu seterusnya menanggalkan hud dan beredar dari sana. Darah mengalir dari muka wanita dan dia rebah ke tanah selepas itu. – AFP

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda