Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Wanita didakwa bunuh anak, suami

    OHIO, 28 OGOS – Seorang wanita Amish berkata kepada pihak berkuasa dia sedang menguji imannya apabila mencampakkan anak lelakinya berusia 4 tahun ke dalam tasik Ohio kelmarin, yang mana dia telah didakwa atas dua pertuduhan membunuh.

    Pihak berkuasa berkata, Ruth R. Miller, 40, dari Millersburg, Ohio, memberitahu penyiasat bahawa dia percaya tindakannya itu adalah atas arahan Tuhan apabila dia didakwa membunuh anaknya, Vincen di Atwood Lake, Sabtu lalu.

    Ketua penyiasat dengan Pejabat Syerif Daerah Tuscarawas, Kapten Adam Fisher, berkata kelmarin Ruth Miller berulang kali berkata dalam temu bual dengan polis bahawa dia mencampakkan budak lelaki itu dari pagar tasik ke dalam air untuk menyerahkannya kepada Tuhan.

    Suami kepada wanita itu, Marcus J. Miller, 45, turut lemas ketika berusaha untuk berenang ke tebing tasik beberapa jam sebelum itu, kata Syerif Orvis Campbell kepada pemberita pada sidang media Isnin lalu.

    Anak-anak mereka yang lain, remaja perempuan berusia 15 tahun dan kembar lelaki berusia 18 tahun, juga diarahkan untuk melakukan ujian iman mereka tetapi terselamat, kata Campbell. – AP

    Pasukan penyelam di Tasik Atwood, Ohio menemui mayat Marcus Miller pada 24 Ogos. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    Berita Berkaitan

    Kejohanan Pencak Silat ASG14 buka tirai

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Newcastle hampakan City

    NEWCASTLE, 23 NOV – Pep Guardiola berang selepas Newcastle...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Terkini

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    WASHINGTON, 23 NOV - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada...

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    YANGON, 23 NOV - Tentera Myanmar berkata hari ini,...

    Siklon tropika Fina landa Utara Australia

    SYDNEY, 23 NOV - Penduduk Wilayah Utara Australia mula...