Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita didenda $16,080 miliki minuman keras

    Oleh Daniel Lim – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Seorang wanita Malaysia berusia 50 tahun, Ling Kwong Siong, telah disabitkan kesalahan dan didenda $16,080 oleh Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan pada 6 November selepas me-ngaku bersalah memiliki pelbagai jenis minuman beralkohol tanpa permit yang sah.

    Sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut, dia perlu menjalani hukuman penjara selama 13 bulan.

    Kesalahan itu dilakukan pada 4 November, kira-kira jam 7:30 malam, di sebuah rumah yang terletak di kawasan Bengkurong, semasa operasi yang dijalankan bersama oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) dan Pasukan Polis Diraja Brunei.

    Semasa serbuan, pegawai penguat kuasa telah merampas 345 tin dan 71 botol pelbagai jenis minuman beralkohol, sebuah telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM185 dan SGD$30.

    Defendan telah didakwa di bawah Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006 kerana memiliki pelbagai jenis minuman beralkohol tanpa permit yang sah.

    Kes itu didengar di hadapan Majistret Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman.

    Semua barang rampasan diperin-tahkan untuk dilucutkan hak kepada kerajaan untuk dilupuskan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda