Tuesday, October 15, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita didenda lebih $56,000 miliki rokok seludup

    Oleh Fadley Faisal – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Seorang wanita tempatan diperintahkan oleh Mahkamah Majistret untuk menjelaskan denda sebanyak $56,390 selepas dia mengaku bersalah memiliki rokok seludup.

    Jika gagal membayar denda tersebut, Zarinah binti Mahmud terpaksa menjalani hukuman penjara 15 bulan.

    Majistret Syarifah Nur Baqiyah binti Malai Shahran mendengar daripada pihak pendakwaan kastam bahawa defendan telah ditahan pada 21 Januari 2021, semasa operasi dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja di sebuah kediaman di kawasan RPN Mengkubau.

    Zarinah didapati memiliki 53 karton dan 36 paket rokok.

    Semua barang rampasan termasuk rokok berkenaan diarah dilucuthakkan kepada kerajaan dan dimusnahkan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda