Monday, April 28, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita dikenal pasti lepas 31 tahun dibunuh

    LYON, 14 NOV – Seorang wanita yang ditemui dibunuh 31 tahun lalu di sebatang sungai di Belgium telah dikenal pasti lebih tiga dekad kemudian hasil daripada tatu bunganya dan rayuan antarabangsa, kata Interpol hari ini.

    Organisasi polis global yang berpangkalan di Lyon berkata wanita itu ialah Rita Roberts, seorang warga Britain.

    Roberts, yang ditemui terbaring di atas besi pengadang di sebatang sungai di Antwerp pada 3 Jun 1992, mempunyai tatu bunga hitam dengan daun hijau dan tulisan ‘R’Nick’ di lengan kanannya.

    “Seorang ahli keluarga di United Kingdom mengenali tatu itu semasa siaran berita dan memberitahu pihak berkuasa Interpol dan Belgium,” katanya dalam satu kenyataan.

    Kejayaan itu menyusuli rayuan antarabangsa di laman web Identify Me Interpol di mana polis berkongsi maklumat sulit sebelum ini mengenai kes yang tidak dapat diselesaikan dengan harapan mendapat input daripada orang ramai.

    Rita Roberts kini telah ‘dikenal pasti secara rasmi’ oleh keluarganya yang berkunjung ke Belgium untuk bertemu dengan penyiasat. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda