Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita dipenjara 22 tahun hantar surat beracun kepada Trump

    WASHINGTON, 18 OGOS – Seorang wanita berusia 55 tahun dijatuhi hukuman penjara hampir 22 tahun selepas didapati bersalah menghantar sampul surat berisi racun risin kepada presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu Donald Trump, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Wanita itu, yang tidak dinamakan, akan kekal di bawah pengawasan kehakiman walaupun selepas dibebaskan, menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS), kelmarin.

    Wanita yang mempunyai dua warganegara iaitu Kanada dan Perancis, mengaku menghasilkan risin di rumahnya di Quebec pada September 2020. Dia menghantar surat yang mengandungi racun itu ke Rumah Putih dan pegawai penguatkuasa undang-undang di Texas.

    Dia juga telah mencerca Trump di media sosial. Dalam sepucuk surat yang ditujukan kepada Trump, dia telah meminta Republikan menarik balik pencalonannya dalam Pilihan Raya Presiden 2020. Sampul surat itu bagaimanapun telah dipintas oleh Perkhidmatan Rahsia. Hukuman penjara itu adalah sebahagian daripada perjanjian dengan pihak pendakwaan yang telah diluluskan oleh mahkamah. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda