Wednesday, May 1, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Wanita dipenjara 50 tahun bunuh remaja hamil

    CHICAGO, 17 APRIL – Seorang wanita Chicago yang mempelawa seorang remaja yang sedang hamil ke rumahnya, dan kemudian mengeluarkan anak itu daripada kandungannya dengan memotong menggunakan pisau hampir lima tahun lalu, telah mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh kelmarin dan dijatuhi hukuman penjara 50 tahun.

    Clarisa Figueroa, 51, tidak memberikan kenyataan tetapi menjawab ‘Ya’ apabila Hakim Cook County, Peggy Chiampas, lapor media.

    Pendakwa raya berkata Clarisa mencekik Marlen Ochoa-Lopez, 19 tahun dengan kabel pada 23 April 2019, selepas mempelawa remaja itu ke rumahnya dengan janji untuk memberi pakaian percuma kepada anak dalam kandungannya.

    Ochoa-Lopez ketika itu mengandung sembilan bulan. Figueroa kemudian menghubungi 911, dan mengatakan Marlen telah melahirkan anak tetapi dia tidak lagi bernafas. Anak damit itu meninggal dunia kira-kira dua bulan kemudian.

    Menurut pihak berkuasa, tidak lama selepas anak lelaki dewasa Clarisa Figueroa meninggal dunia atas sebab semula jadi, dia memberitahu keluarganya bahawa dia sedang hamil. Dia didakwa telah merancangnya selama berbulan-bulan untuk mendapatkan anak damit yang baru lahir, dan dia menyiarkan ultrabunyi dan gambar bilik yang dihiasi untuk anak damit di halaman Facebooknya.

    Pada Mac 2019, dia dan Ochoa-Lopez berkenalan di halaman Facebook khusus bagi wanita hamil.

    Detektif yang menyiasat kehilangan Ochoa-Lopez mendapati dia telah pergi ke rumah defendan. Dua minggu selepas kehilangannya, polis mendapati keretanya diletak berhampiran dan diberitahu oleh anak perempuan Clarisa, Desiree Figueroa, bahawa ibunya baru-baru ini telah melahirkan anak. – AP

    Gambar fail bertraikh 16 Mei 2019 menunjukkan Clarisa Figueroa, yang didakwa atas kematian ibu hamil, Marlen. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hamas, Fatah berunding di Beijing

    BEIJING, 30 APRIL - China berkata hari ini kumpulan Palestin, Hamas dan Fatah bertemu di Beijing baru-baru ini untuk ‘perbincangan mendalam dan menggalakkan perdamaian...