Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Wanita diserang serigala ambil tindakan terhadap zoo

    VERSAILLES, 28 JUN – Seorang wanita yang cedera parah diserang serigala pada hujung minggu ketika berjoging di taman safari di luar Paris telah memfailkan aduan jenayah terhadap taman itu, beritahu peguamnya kepada AFP kelmarin.

    Zoo Thoiry yang terletak di barat Paris gagal memenuhi kewajipan keselamatannya, kata wanita berusia 37 tahun itu selepas dia diserang oleh tiga ekor serigala di kawasan yang biasanya dilarang untuk pejalan kaki.

    Pendakwa raya di Versailles telah membuka kes yang membawa kecederaan tanpa sengaja.

    Wanita itu berada dalam keadaan stabil selepas dia dikejarkan ke hospital, tetapi dia masih tidak dapat bercakap kerana kecederaan pada larinksnya, kata peguamnya Cosima Ouhioun.

    “Dia berharap kes ini akan menetapkan piawaian keselamatan yang mencukupi di taman haiwan supaya perkara ini tidak berulang lagi,” tambah Ouihoun.

    Gambar Freepik

    Dalam laporan polis yang dilihat AFP, wanita itu berkata dia tiba di Thoiry lewat Sabtu bersama ibunya dan anak lelakinya yang berusia dua tahun untuk tinggal di sebuah pondok di zon serigala taman itu.

    Penginapan sedemikian diiklankan di laman web Thoiry yang mengatakan kawasan itu, ‘senyap, tenang dan tiada gangguan.”

    Dia berjoging pada pagi Ahad selepas seorang renjer taman memberitahunya tidak timbul risiko kerana haiwan-haiwan dikurung dalam kandang.

    Tidak lama kemudian, dia melihat seekor beruang di sebelah kirinya dan seekor serigala di sebelah kanan.

    Dia diserang oleh tiga ekor serigala ketika cuba menyelamatkan dirinya sebelum dibantu seorang penjaga zoo yang berada di kawasan itu selepas terdengar jeritannya meminta pertolongan.

    Zoo Thoiry berkata ia telah membuka siasatan untuk ‘menganalisis semua keadaan yang membawa kepada kejadian’ itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...