Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita ditahan polis, acu pistol di hadapan istana presiden

    JAKARTA, 25 OKT – Polis Indonesia menahan seorang wanita yang mengacukan pistol ke arah pengawal di istana presiden di Jakarta hari ini dalam cubaan untuk masuk ke dalam secara paksa.

    Seorang anggota pengawal presiden ternampak seorang wanita yang tidak kenali berdiri berhampiran pos pengawal di luar istana. Curiga akan tindakan wanita itu, pengawal tersebut mendekati wanita tersebut, yang kemudian mengacukan pistol ke arahnya, kata ketua pengawal presiden, Wahju Hidajat Soedjatmiko.

    Dia kemudian memberitahu bahawa pengawal itu kemudian merampas senjata daripada wanita tersebut. Sebuah video menunjukkan wanita berkenaan cuba melarikan diri sebelum dua orang pengawal berjaya menahannya. Pistol tersebut telah diserahkan kepada polis untuk siasatan. Semasa kejadian itu, tiada sebarang tembakan dilepaskan dan tiada kecederaan dilaporkan.

    Laporan televisyen menunjukkan polis menahan seorang wanita memakai jubah hitam dan tudung biru di hadapan gerbang di Istana Merdeka, Jakarta.

    Polis turut merampas sebuah beg hitam mengandungi Al-Quran, dompet merah jambu dan tiada kad pengenalan, kata jurucakap Polis Jakarta, Endra Zulpan. Zulpan berkata polis sedang menyoal siasat wanita itu di ibu pejabat polis untuk mengetahui motif dan menentukan sama ada dia mempunyai kaitan dengan kumpulan militan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda