WELLINGTON, 27 OKT – Seorang wanita berusia 57 tahun ditahan hari ini berhubung insiden serangan ke atas pejabat perwakilan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern di Auckland, lapor Xinhua.
Pejabat Ardern menjadi sasaran dan sebilah pedang dilaporkan ditemukan di luar bangunan, menurut perkhidmatan kecemasan.
Wanita itu cuba memecahkan pintu hadapan pejabat dengan menggunakan pedang dan membaling objek ke dalam bangunan hingga mengeluarkan asap, kata seorang saksi.
Insiden berkenaan masih dalam siasatan dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini. – Bernama
