Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita ditembak cuba tikam tentera

    BAITULMAQDIS, 30 OKT – Polis Israel berkata pegawai menembak seorang wanita Palestin yang cuba menikam tentera Israel di luar satu tapak suci di bandar Tebing Barat Hebron.

    Polis berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa wanita itu ‘mengeluarkan pisau dengan tujuan melakukan serangan menikam’ ke atas tentera Israel di luar tapak yang dikenali kepada penganut Islam sebagai Masjid Ibrahimi dan kepada Yahudi sebagai Makam Patriarch.
    Wanita itu dirawat oleh paramedik Israel dan telah dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

    Penduduk Palestin membunuh lebih 60 warga Israel dalam kejadiam tikam, tembak dan serangan merempuh kereta sejak 2015. Tentera Israel telah membunuh lebih 260 penduduk Palestin dalam tempoh yang sama.

    Israel telah menganggap kebanyakan penduduk Palestin yang terbunuh sebagai penyerang, namun pertempuran sekali-skala di antara pembantah dan tentera juga membawa maut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda