Wednesday, February 12, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita ditemui mati diserang ular sawa di Indonesia

    JAKARTA, 16 OGOS – Seorang wanita warga emas ditemui mati selepas diserang ular sawa di tengah Indonesia, kata polis dan pegawai tempatan hari ini, kematian ketiga seumpamanya di wilayah itu dalam beberapa bulan.

    Maga, seorang wanita berusia 74 tahun, yang seperti kebanyakan rakyat Indonesia mempunyai satu nama, menimbulkan kebimbangan apabila dia tidak pulang ke rumah pada Rabu, mendorong usaha pencarian oleh saudara-mara.

    Dia ditemui mati mungkin “kerana dibelit dan dipatuk ular,” kata Supriadi, jurucakap polis di bandar Palopo di wilayah Sulawesi Selatan.

    Dia memberitahu AFP, ular berkenaan ialah ular sawa berukuran empat meter.

    Wanita itu ditemui dengan kesan gigitan di kepala dan kaki berhampiran rumah keluarganya selepas keluar bekerja di ladang, kata Awaluddin, ketua daerah Padang Lambe di Palopo.

    Dia ditemui di Padang Lambe oleh anak perempuannya bersama ular itu hanya beberapa meter dari badannya, beritahu Awaluddin kepada AFP.

    Penduduk tempatan memukul ular itu sehingga mati dan berkata wanita itu telah ditelan sehingga ke bahunya dan dimuntah keluar, tambahnya.

    Kematian oleh ular besar dianggap jarang berlaku, tetapi beberapa orang di Indonesia telah dibunuh oleh ular sawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda