Friday, January 17, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita ditipu rayuan ‘Brad Pitt’

    Seorang wanita berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak AS$850,000 selepas diperdaya seorang scammer mengaku dirinya sebagai Brad Pitt.

    Wanita dikenali sebagai Anne, 53, memberitahu dia menerima mesej daripada ‘Brad’ di Instagram yang ingin berkenalan dengannya.

    Anne memaklumkan dia pada awalnya tidak mempercayai lelaki yang menghantar mesej kepadanya adalah Brad namun lama-kelamaan ‘termakan’ dengan kata-kata manis lelaki tersebut.

    Hati Anne juga tersentuh apabila Brad bercerita mengenai penceraiannya dengan Angelina Jolie selaib bersimpati apabila dimaklumkan akaun bank miliknya sudah disekat.

    “Saya jatuh cinta dengan lelaki yang berborak dengan saya. Dia benar-benar tahu cara bercakap dengan perempuan,” katanya.

    Anne mula mendeposit wang ke akaun Brad apabila dia berkongsi foto sedang terlantar sakit di hospital dan memerlukan biaya tinggi untuk rawatan masalah buah pinggang dihidapinya.

    Bagaimanapun berita mengenai Brad sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan model Ines de Ramon mula tersebar, Anne mula sedar dia telah menjadi mangsa penipuan.

    Walaupun sudah membuat laporan polis namun harapannya untuk mendapatkan kembali wang miliknya tipis. – Agensi

    Individu menyamar jadi Brad Pitt perdaya wanita. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda