GRAND RAPIDS, 29 JAN – Seorang wanita Michigan barat dituduh membakar rumah sehingga mengorbankan anak perempuannya berusia 12 tahun yang terperangkap di dalam bilik tidur.
“Ini adalah jenayah yang sangat kejam dan tidak dapat dibayangkan di mana ia dilakukan oleh seorang ibu terhadap tiga anaknya,” kata Ketua Polis Grand Rapids, Eric Winstrom.
Shamiya Stewart meninggal dunia Isnin lalu, dua hari selepas kebakaran di Grand Rapids. Manakala dua lagi kanak-kanak berumur tujuh dan 10 tahun terselamat.
Winstrom berkata, ibu berusia 46 tahun itu mengeluarkan tujuh alat pengesan asap dari rumah dan menuang cecair pemetik api sebelum membakar. Dia berada di luar ketika polis tiba.
Beberapa jeritan kedengaran dari dalam rumah itu,” kata Ketua Bomba, Brad Brown, Isnin lalu.
Roconda Singleton hadir di mahkamah, kelmarin, atas tuduhan membakar dan mendera kanak-kanak. Setakat ini dia belum mempunyai peguam untuk membelanya, dan pengakuan tidak bersalahnya akan dibicarakan oleh hakim.
Polis berkata, dalam pemfailan mahkamah bahawa Singleton mengakui peranannya dalam kebakaran itu. – AFP