Wanita dituduh buat kenyataan palsu dibicarakan 9 Mei 2022

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Mahkamah Majistret dalam prosiding maya pada hari ini telah menetapkan 9 Mei 2022 untuk mengadakan persidangan pra perbicaraan bagi kes melibatkan seorang wanita tempatan yang menafikan pertuduhan membuat kenyataan palsu dalam rakaman video yang mungkin menyebabkan kebimbangan orang ramai.

Hajah Faizah binti Haji Abdul Gapar menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 34, Penggal 148 Akta Ketenteraman Awam, yang membawa hukuman denda maksimum $3,000 dan penjara tiga tahun.

Kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali itu mendakwa bahawa vi-deo berkenaan menunjukkan Hajah Faizah mendakwa polis telah mendapati sebuah restoran beroperasi dengan pekerja yang melanggar perintah kuarantin.

Prosiding pada hari ini telah dikendalikan oleh Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid.

Manakala itu, Peguam Bela Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Abdul Rahman mewakili defendan.