Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita dua rahim hamil anak kembar

    WASHINGTON, 15 NOV – Ia adalah masalah berganda, dengan kelainan yang unik: Seorang wanita berusia 32 tahun dari Alabama yang dilahirkan dengan dua rahim kini mengandung kedua-duanya.

    Kelsey Hatcher, yang mendokumentasikan kisahnya di akaun Instagramnya ‘doubleuhatchlings,’ tahu dari usia 17 tahun dia mempunyai ‘uterus didelphys,’ keadaan yang jarang berlaku di mana seseorang mempunyai rahim berganda, dianggap menjejaskan kira-kira 0.3 peratus wanita.

    Semasa pemeriksaan rutin ultrabunyi pada kehamilan lapan minggu pada bulan Mei, ahli terapi urut dan ibu kepada tiga anak itu mengetahui bukan sahaja dia mempunyai anak kembar kali ini malah terdapat janin dalam setiap rahimnya.

    Walaupun wanita dengan rahim berganda sering menghadapi komplikasi kehamilan, ketiga-tiga anak Hatcher sebelum ini dilahirkan sihat dalam tempoh penuh.

    Kehamilan di kedua-dua rahim adalah amat jarang berlaku Hatcher berkata dia diberitahu kemungkinannya adalah satu dalam 50 juta dengan kes terakhir yang diketahui secara meluas berlaku di Bangladesh pada 2019 apabila Arifa Sultana, ketika itu berusia 20 tahun, melahirkan anak kembar yang sihat selang 26 hari.

    Hatcher berharap untuk bersalin dan melahirkan anak damit secara semula jadi kepada Anak A dan Anak B, atau ‘bini-bini’ seperti mana yang digelarnya dengan mesra, dengan tarikh bersalin dijangka pada Krismas. Kedua-duanya dikatakan ‘berada dalam keadaan sihat.’

    Namun rahim akan mengecut pada masa yang berbeza, yang boleh menjadi beberapa minit, jam atau beberapa hari, dan Kelsey serta suaminya, Caleb Hatcher sedar pembedahan Caesarean untuk satu, atau kedua-duanya – mungkin diperlukan, bergantung pada keadaan semasa. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda