Wednesday, July 3, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Wanita Dusun terima hidayah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Seorang wanita berbangsa Dusun telah memilih Islam sebagai pegangan hidupnya dan melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman, petang tadi.

    Dayang Nujum binti Dian, 76, memilih nama Islamnmya, Nur Aisyah binti Abdullah setelah pengislamannya di hadapan pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah (Pengislaman), Pusat Dakwah Islamiah (PDI), bertempat di rumah kediaman Haji Sukairi bin Haji Tamin di Kampung Tagap, Jerudong.

    Majlis pengislaman tersebut dihadiri oleh Pemangku Pegawai Ugama Kanan, PDI, Hajah Zunainah binti Haji Gunong.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah serta diselajurkan dengan lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh Dayang Nur Aisyah. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati daripada PDI kepada saudara baharu yang diraikan.

    Majlis diserikan lagi dengan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat. Menurut kenyataan daripada PDI, sejak awal tahun hingga 14 Jun, seramai 149 orang telah memeluk agama Islam di seluruh negara.

    Dayang Nur Aisyah semasa melafazkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah (Pengislaman), PDI, kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Majlis turut diserikan dengan Dikir Marhaban. GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kes tikam: Remaja 14 tahun ditahan

    SYDNEY, 2 JULAI – Polis Australia telah menahan seorang remaja berusia 14 tahun hari ini ekoran insiden tikaman yang tidak membawa maut, mendorong kampus...