Monday, December 23, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Filipina ditemui mati di Miri

    MIRI, 1 JAN – Seorang wanita warga Filipina ditemukan mati di rumah sewanya di Jalan Desa Seri Utama di sini malam tadi, kata Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah.

    Beliau berkata wanita itu, Angelina Ganiban Abaco, 57, yang bekerja sebagai juruhias kuku ditemukan sudah tidak bernyawa dalam keadaan tertiarap berdekatan dengan jeriji pintu dapur. “Mangsa tinggal bersendirian di rumah itu kerana semua ahli keluarganya berada di Filipina dan telah menyewa rumah tersebut sejak 22 Januari 2019,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Lim berkata, rakan wanita itu yang terhidu bau busuk dari rumah wanita itu telah menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Miri pada kira-kira 7:50 malam tadi dan polis mendapati semua pintu rumah serta pagar berkunci dari dalam rumah serta tiada tanda rumah dipecah masuk. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda