Saturday, February 8, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Filipina lafaz Dua Kalimah Syahadah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Seorang wanita berbangsa Filipina telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan para pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) pada majlis pengislaman di Kampung Lugu, Mukim Sengkurong.

    Hadir pada majlis pengislaman Verona Celiz Tabura, 30, itu ialah Penguasa Dakwah dan Tabligh, PDI, Pengiran Norhayati binti Pengiran Haji Kasharan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh Verona yang memilih nama Islamnya sebagai Nur Yasmeen Dania Tabura binti Abdullah.

    Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada saudara baharu yang diraikan dan diselajurkan dengan laungan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Menurut PDI, sejak Januari hingga Februari lalu, seramai 70 orang telah memeluk agama Islam di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, 29 orang adalah dari Daerah Brunei dan Muara.

    Nur Yasmeen Dania Tabura ketika melafazkan Dua Kalimah Syahadah.
    Suasana ketika Majlis Pengislaman seorang perempuan berbangsa Filipina baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda