Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Filipina tinggal lebih masa dipenjara 7 bulan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Seorang wanita warga Filipina berusia 53 tahun yang tinggal lebih masa di negara ini selama 3,409 hari telah dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

    Pendakwa Imigresen Adi Yusra Adanan memaklumkan kepada Majistret Kanan Pengiran Hazirah Pengiran Haji Mohd Yusof bahawa Mary Ann Delos Varona pergi ke Kedutaan Besar Filipina di Brunei Darussalam pada Jun 2021 bagi bertanya tentang pasportnya.

    Pihak kedutaan merujuk kes defendan kepada penguat kuasa imigresen apabila mengetahui pas lawatan sosialnya telah tamat tempoh.

    Pihak imigresen mendapati bahawa defendan pertama kali tiba di Brunei pada 5 Februari 2012 dan diberi pas sosial yang sah selama dua minggu, tanpa sebarang sambungan.

    Siasatan lanjut mendedahkan bahawa defendan telah memberikan pasportnya kepada seorang individu untuk dilanjutkan pasnya, bagaimanapun dia tidak mendengar khabar daripada individu itu dan tidak pernah melihat lagi pasportnya sejak itu.

    Defendan juga memaklumkan kepada penyiasat bahawa dia telah bekerja sebagai pembantu rumah bebas dengan pendapatan $25 untuk kerja sehari.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda