Thursday, November 28, 2024
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita fitnah IU dihukum penjara, dakwa hidapi masalah mental

    Tindakan seorang warganet menulis komen berbaur fitnah terhadap penyanyi IU akhirnya membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara empat bulan.

    Mengaku bersalah atas kesalahan yang dibuat, wanita terbabit bagaimanapun memohon hukuman diringankan atas alasan menghidapi masalah mental.

    Jelasnya, dia cenderung menulis komen jahat di media sosial sejak mengalami penyakit berkenaan.

    “Saya hanya meluahkan pandangan peribadi, saya ada sakit mental yang menjejaskan penulisan saya dalam hantaran itu.

    “Jadi saya mohon hukuman saya diringankan,” katanya ketika perbicaraan.

    Mahkamah Seoul Tengah membuat keputusan tersebut pada Selasa lalu.

    Ia susulan tindakannya menulis lebih 30 komen menghina IU selain menyebarkan maklumat palsu mengenai penyanyi itu di beberapa platform media sosial.

    Sebelum ini, IU merupakan antara selebriti yang berpendirian tegas menyaman warganet yang menyebarkan kata-kata jahat terhadapnya sejak 2013.

    Menurut syarikat pengurusannya iaitu EDAM Entertaiment, sebanyak 180 individu tidak mengira usia telah pun dikenakan tindakan undang-undang sehingga ada yang dihantar ke pusat bimbingan akhlak atau juvana. – Agensi

    IU tidak akan berkrompomi terhadap pihak yang memfitnahnya di media sosial. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda