Oleh Daniel Lim
Gambar daripada PDI cawangan Daerah Belait
BELAIT, 2 OGOS – Seorang wanita berbangsa Iban telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya yang baharu setelah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis yang berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah (PDI) cawangan Daerah Belait, baru-baru ini.
Noor Azmahwanti Anak Gawan, 20, yang sebelumnya seorang ateis telah memilih nama Islamnya sebagai Nur Asmahwanti binti Abdullah Gawan.
Majlis pengislaman berkenaan telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan lafaz pengislaman dengan disaksikan oleh Pemangku Ketua Unit Dakwah di Daerah Belait, Hajah Salimah binti Haji Hassan yang turut menyampaikan hadiah kepada saudara baharu berkenaan sebelum majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
Menurut statistik daripada PDI Belait, kira-kira 38 orang telah memeluk agama Islam sejak permulaan awal tahun ini dan tahun lalu, seramai 74 pengislaman telah direkodkan di Daerah Belait.
