Oleh Daniel Lim
BELAIT, 30 MEI – Seorang penduduk yang sebelum ini tinggal di kawasan Perumahan Berek Kampung Mumong telah dihalau dan kini sedang memohon bantuan.
Pemangku Ketua Kampung Mumong A dan B, Haji Mohd Yusof bin Haji Dulamin menjelaskan, individu berkenaan, Antan@ Sumbong anak Lamat yang merupakan penduduk tetap bangsa Iban telah menetap di kawasan perumahan berkenaan selama bertahun-tahun dan baru-baru ini dihalau kerana menerima notis kemasukan tanpa kebenaran di kawasan itu.

Wanita berkenaan telah memindahkan semua barangnya keluar dari kediamannya sebelum ini dan kini tinggal di dalam kenderaannya.
Haji Mohd Yusof juga menyatakan beliau telah bekerjasama dengan individu tersebut untuk memohon bantuan daripada pelbagai jabatan kerajaan seperti Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Jabatan Daerah Belait (JDB) untuk pertimbangan sekali lagi memandangkan keperluannya.
Namun sehingga berita ini ditulis, tiada sebarang berita diterima.