Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Wanita Iban mohon bantuan selepas dihalau dari kediaman

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 30 MEI – Seorang penduduk yang sebelum ini tinggal di kawasan Perumahan Berek Kampung Mumong telah dihalau dan kini sedang memohon bantuan.

    Pemangku Ketua Kampung Mumong A dan B, Haji Mohd Yusof bin Haji Dulamin menjelaskan, individu berkenaan, Antan@ Sumbong anak Lamat yang merupakan penduduk tetap bangsa Iban telah menetap di kawasan perumahan berkenaan selama bertahun-tahun dan baru-baru ini dihalau kerana menerima notis kemasukan tanpa kebenaran di kawasan itu.

    Wanita Iban yang dihalau keluar dari rumahnya memohon bantuan. – Gambar serahan Haji Mohd Yusof bin Haji Dulamin

    Wanita berkenaan telah memindahkan semua barangnya keluar dari kediamannya sebelum ini dan kini tinggal di dalam kenderaannya.

    Haji Mohd Yusof juga menyatakan beliau telah bekerjasama dengan individu tersebut untuk memohon bantuan daripada pelbagai jabatan kerajaan seperti Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Jabatan Daerah Belait (JDB) untuk pertimbangan sekali lagi memandangkan keperluannya.

    Namun sehingga berita ini ditulis, tiada sebarang berita diterima.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...