Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Iban terima hidayah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Seorang wanita berbangsa Iban telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya dan melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang diadakan di Bilik Al-Muhtadiin, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kampung Pulaie, hari ini.

    Pada majlis itu, Liaty Anak Jelidi, 19, telah melafazkan ikrar pengislamannya di hadapan pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah (Pengislaman), PDI, dan kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Nur Liaty Aqilah binti Jalidi.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah PDI, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Turut hadir ialah Penolong Pengarah PDI, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar; Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, Awang Ali Hassan bin Mohd Said; Pegawai Ugama Kanan, Awang Ruslan bin Haji Sulaiman; Ketua Bahagian Pembangunan Mualaf, Dr Hajah Rohanita binti Haji Yaakub serta pegawai dan kakitangan PDI.

    Menurut statistik daripada PDI, seramai 310 orang telah memeluk agama Islam dari Januari hingga 12 Oktober dengan 149 daripada jumlah berkenaan adalah dari Daerah Brunei dan Muara.

    Nur Liaty Aqilah semasa melafazkan dua Kalimah Syahadah pada majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda