Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita isi labu dengan dadah ditangkap

    MONTREAL, 2013 – Seorang wanita tiba di lapangan terbang Montreal telah diserahkan kepada pihak polis persekutuan Kanada selepas menemui kokain yang dimasukkan ke dalam labu di dalam bagasi beliau.

    “Labu-labu itu kelihatan seolah-olah lebih berat daripada biasa, jadi kami mengambil keputusan untuk menjalankan ujian mesin X-ray dan dadah-dadah telah ditemui dalam labu-labu tersebut,” kata jurucakap Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada Jacqueline Roby kepada AFP.

    Dalam satu kenyataan, agensi tersebut menyifatkan kes rampasan itu sebagai satu perkara “yang luar biasa yang berlaku pada hari Halloween.”

    “Tiga biji labu tersebut seharusnya dipenuhi dengan gula-gula tetapi ia telah diisi dengan dadah yang menghampiri dua kilogram beratnya oleh seorang wanita yang tiba di Lapangan Terbang Montreal–Trudeau.”

    Dadah-dadah tersebut dan suspek telah diserahkan kepada Polis Diraja Kanada Montreal, dan suspek dijangka akan didakwa. Kerakyatan wanita itu tidak didedahkan. Sejak awal tahun 2013, pihak berkuasa telah membuat sebanyak 173 rampasan dadah di lapangan terbang Montreal, termasuk rampasan 10 kokain yang berjumlah 44 kilogram.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda