Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    ‘Wanita itu pengurus saya’

    “Dia bukan kekasih saya.”

    Itu jawapan penyanyi, Sufian Suhaimi apabila ditanya mengenai wanita bertudung dalam video yang tular di aplikasi TikTok, baru-baru ini.

    Sufian, 30, menjelaskan timbul salah faham kerana wanita terbabit adalah pengurusnya dan mereka hanya keluar makan bersama.

    “Ketika itu, kami ada penggambaran kandungan untuk YouTube di Pulau Pinang. Selesai kerja, kami pergi makan… Ini hanyalah situasi normal.

    “Pengurus saya itu sudah berkahwin. Suaminya faham sebab dia bukan menguruskan saya sahaja.

    “Malah, saya bukan ada seorang pengurus sahaja di Rusa Music… Ada empat orang. Kami semua seperti keluarga,” katanya kepada media.

    Sufian Suhaimi menjelaskan timbul salah faham kerana wanita terbabit adalah pengurusnya dan mereka hanya keluar makan bersama. – Agensi

    Mengulas mengenai kemesraan yang dilihat menerusi video itu, Sufian menjelaskan, perkara itu adalah normal.

    “Saya seorang yang ceria. Mungkin detik kami ketawa membuatkan orang anggap kami mesra. Tetapi, tiada adegan suap-menyuap pun. Kami makan, ketawa dan berborak.

    “Jujurnya, tiada apa pun antara kami. Bukan kali pertama kami keluar makan. Sebelum ini, gambar kami dirakamkan dan tidak pernah jadi isu,” katanya ditemui di Rumah Terbuka Rakyat Rangers anjuran Hot FM di Sri Pentas.

    Tambah Sufian, dia tidak marah terhadap insan yang didakwanya merakam dan berkongsi video itu.

    “Saya perasan dia rakamkan video. Cara dia pegang telefon saya sudah boleh tahu dia rakam video. Kemudian, dia bertanya adakah pengurus saya itu teman wanita saya.

    “Saya tidak salahkan dia… Saya okay sahaja. Jujurnya, saya terharu masih ada lagi orang yang peduli dan mahu ambil berat mengenai saya. Saya berterima kasih atas perkara itu,” katanya.

    Suhaimi yang popular dengan lagu Di Matamu bersikap terbuka dan tidak akan berahsia jika sudah mempunyai kekasih.

    “Kalau saya bercinta pun, saya tak sorok. Saya akan melalui fasa itu seperti orang biasa. Saya akan berkongsi dengan orang ramai sekiranya ada.

    “Bagaimanapun, saya masih mencari lagi, tetapi tidaklah terlalu mencari. Saya hanya ‘go with the flow’. Saya juga tidak mahu asyik keluar dengan cerita putus cinta saja, nanti orang bosan,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, Sufian akan tampil dengan lagu 1990an diberi nafas baharu iaitu Mimpi Yang Tidak Sudah dendangan asal Ibnor Reza. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...