Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Wanita jatuh dalam mangkuk tandas diselamatkan

    QUILCENE, WASHINGTON, 24 APRIL – Seorang wanita yang tidak sengaja menggugurkan telefon bimbitnya ke dalam mangkuk tandas di hutan negara dan terjatuh semasa cuba mengeluarkannya terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba di negeri Washington.

    Ketua Jabatan Bomba Brinnon, Tim Manly berkata wanita itu, yang berada di kemuncak Gunung Walker di Hutan Negara Olimpik, barat daya Seattle, telah menggunakan telefonnya apabila ia terjatuh ke dalam tandas baru-baru ini, lapor The Kitsap Sun.

    Manly berkata dia menggunakan tali cawak anjing untuk mengeluarkan telefon dan akhirnya menggunakan tali tersebut untuk mengikat dirinya ketika dia cuba mendapatkan telefonnya. Usaha itu menemui kegagalan dan dia terjatuh ke dalam tandas.

    Wanita itu sendirian dan cuba keluar selama 10 hingga 15 minit. Berjaya mendapatkan semula telefonnya, dia menghubungi 911, menurut Manly.

    Anggota bomba memberikan blok untuk membolehkannya berdiri dan mereka berjaya menariknya keluar dari tandas dengan menggunakan abah-abah. Jabatan Bomba Brinnon berkata wanita itu tidak mengalami luka kecederaan.

    Dia basah kuyup dan ‘diminta mendapatkan rawatan selepas terdedah kepada najis, namun dia hanya mahu meninggalkan tempat itu,’ kata jabatan.

    “Saya telah bekerja selama 40 tahun dalam bidang ini, dan ia adalah kejadian pertama saya hadapi,” kata Manly. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...