Wednesday, April 2, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Jerman didakwa sertai IS semasa remaja

    BERLIN, 25 JAN – Seorang wanita Jerman yang berpindah ke Syria ketika berusia 15 tahun untuk menyertai kumpulan Islamic State (IS) telah dibicarakan hari ini kerana dituduh membantu dan bersubahat dalam jenayah kemanusiaan.

    Leonora Messing, kini berusia 22 tahun, berada di kandang tertuduh di bandar Halle di timur Jerman kerana disyaki dia dan suaminya yang merupakan ahli IS memperhambakan seorang wanita Yazidi di Syria pada 2015.

    Dalam perbicaraan yang dijadualkan berlangsung sehingga sekurang-kurangnya pertengahan Mei dan diadakan secara tertutup, Messing juga menghadapi pertuduhan menganggotai organisasi pengganas dan pelanggaran undang-undang senjata.

    Kes berprofil tinggi itu telah mendorong orang ramai menyelami jiwa di Jerman tentang bagaimana seorang gadis remaja dari sebuah bandar kecil menjadi radikal dan menyertai perjuangan Islam. Messing melarikan diri dari rumah menuju ke bahagian Syria yang dikuasai IS pada Mac 2015.

    Selepas sampai di Raqa, yang ketika itu merupakan ‘ibu kota’ IS di Syria, dia menjadi isteri ketiga seorang warga Jerman dan dikenali sebagai salah seorang militan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda