Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita ‘kaki gajah’ jalani pembedahan

    TAIPEI, 17 Jun 2008 – Seorang wanita muda Cina menghidap penyakit luar biasa yang menyebabkan kedua-dua belah kakinya cacat dan membesar kepada tiga kali ganda dari saiz asal, mengimpikan kehidupan normal setelah pembedahan yang bakal dijalankan di wilayah Taiwan.

    Wang Cheng, 24, tidak dapat bekerja atau malah memakai seluar panjang kerana penyakit untut yang hodoh dan menyakitkan yang dihidapinya sejak berumur enam tahun dan meninggalkannya dengan kaki seberat 50 kilo.

    “Saya tidak dapat keluar bekerja,” Wang memberitahu AFP ketika dia secara perlahan mengangkat badannya ke posisi duduk di katilnya di Hospital Wang Fang Perbandaran Taipei.

    “Saya juga tidak dapat memakai seluar panjang seperti orang normal.”

    Penyakit Wang telah memaksanya tinggal di rumah bersama bapanya, yang lumpuh akibat strok dan ibunya yang menganggur sejak dia lulus sekolah tinggi di wilayah Zhiangsu di timur China.

    Bagaimanapun penderitaannya hampir berakhir setelah dia ditawarkarn pembedahan percuma oleh pakar Taiwan, yang akan mengurangkan bengkak itu dengan memotong beberapa tisu limfa dalam kakinya

    Doktor kanan Hsu Wen-hsien, yang akan mengetuai pembedahan pada Isnin, berkata beliau tidak pernah melihat kes sebegitu ekstrem dalam pengalamannya lebih 30 tahu, dan pakar masih tidak pasti mengenai punca sebenarnya.

    “Kemungkinan besar penyakit itu bermula apabila venanya tersumbat, dan darah mengalir ke saluran limfa menyebabkan kedua-dua belah kaki membengkak,” katanya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda