BEIJING, 12 JAN – Bayangkan awda dalam temu janji pertama yang tidak pernah berakhir? Inilah yang berlaku kepada seorang wanita di China yang video blognya pergi ke bandar dikenakan perintah berkurung semasa temu janji bersama orang tidak dikenalinya, tular.
Lebih 100 kes virus dilaporkan di bandar tengah Zhengzhou, China sejak minggu lalu ketika China berusaha mengekang penularan tempatan varian Delta dan Omicron. Sebahagian bandar itu dikenakan perintah berkurung serta merta Rabu lalu ketika wanita dengan nama keluarga Wang itu sedang menjamu selera bersama teman temu janji di rumah lelaki tersebut.
“Saya baru tiba di Zhengzhou apabila ada penularan dan komunitinya diletakkan di bawah perintah berkurung dan saya tidak dapat meninggalkan tempat itu,” kata Wang memberitahu akhbar The Paper yang berpangkalan di Shanghai, menambah dia ke sana bagi perjalanan seminggu bertemu bakal pasangan hidupnya.
“Saya semakin berusia sekarang, maka keluarga saya memperkenalkan saya dengan 10 orang dalam temu janji…Temu janji kelima mahu menunjukkan kemahiran memasaknya dan mengundang saya ke rumahnya untuk makan malam,” katanya.
Sejak itu, Wang menyiarkan video pendek mendokumentasikan kehidupan hariannya dalam perintah berkurung, menurut klip disiarkan oleh media tempatan. – AFP