Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Wanita Kansas dipenjara 20 tahun

    WASHINGTON, 2 NOV – Mahkamah Amerika Syarikat (AS) kelmarin menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang wanita Amerika kerana menubuhkan dan mengetuai batalion militan Daesh yang dianggotai wanita, untuk berperang bagi pihak kumpulan pengganas di Syria, menurut Jabatan Kehakiman.

    Agensi Anadolu melaporkan Allison Fluke-Ekren, 42, mengaku bersalah pada Jun serta mengaku bersubahat untuk memberikan sokongan material atau sumber kepada organisasi pengganas asing itu.

    Dia mengakui menubuhkan Khatiba Nusaybah dan melatih lebih 100 wanita dan kanak-kanak perempuan termasuk beberapa orang berusia seawal 10 tahun untuk berjuang bagi pihak Daesh mempertahan bekas ibu kotanya Raqqah di Syria, menurut jabatan itu.

    Fluke-Ekren, seorang guru terlatih dari negeri Kansas yang memeluk Islam, adalah wanita Amerika pertama yang didakwa dengan jayanya atas peranan kepimpinannya dalam kumpulan pengganas antarabangsa itu, lapornya.

    Dokumen mahkamah menyebut pada 2008 Fluke-Ekren berpindah ke Mesir bersama suami keduanya, Volkan Ekren, ahli kumpulan pengganas Ansar al-Sharia yang telah meninggal dunia, sebelum berpindah ke Libya pada 2011. Pada 2012, wanita itu mengembara dari Libya ke Türkiye dan kemudian ke Syria yang berada di tengah-tengah konflik yang semakin meningkat.

    Suaminya menjadi ketua Daesh sebagai penembak tepat di Syria pada 2014, dan pada masa itu, Fluke-Ekren bercakap tentang hasratnya untuk melancarkan serangan ke atas AS, seorang saksi memberitahu mahkamah.

    Pada 2016, dia dilantik untuk mengasas dan mengetuai ‘pusat wanita’ di Raqqah, dan melatih wanita dan gadis dalam penggunaan senapang AK-47, bom tangan dan tali pinggang bunuh diri. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...