Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita kehilangan pekerjaan, beri makanan ribuan penduduk

    NEW YORK – Ketika puluhan penduduk New York beratur di luar dibasahi oleh hujan, troli membeli-belah bersiap sedia ketika mereka menunggu makanan yang diberikan secara percuma, di mana Sofia Moncayo mengetuai pasukannya.

    Pasukannya bersorak dan bertepuk tangan selepas Moncayo memberikan kata-kata semangat. “Sekarang, ayuh teruskan bekerja,” katanya.

    Bekerja tanpa henti

    Selepas itu, mereka bekerja tanpa henti selama beberapa jam. Mereka mengangkat kotak-kotak berat, mengasingkan ribuan barang dan membersihkan salji dari susur jalan. Mereka merasa kesejukan, kebasahan dan letih.

    Tiada sesiapa yang ingin membayar khidmat mereka dan mereka tidak mengambil kisah. Mereka gembira untuk berada di sana untuk membantu orang ramai pada hari tersebut.

    Semasa pandemik koronavirus, Moncayo mengetuai program pembahagian makanan di kawasan kejiranan Sunnyside. Inisiatif tersebut bermula pada Mac, di mana Moncayo mengambil alih sebulan kemudian, ketika mereka dijangka untuk membantu ratusan penduduk.

    Ahli-ahli sukarelawan mengangkat kotak-kotak yang berisi makanan untuk diberikan kepada keluarga yang memerlukan. – AP
    Semasa pandemik koronavirus, Moncayo mengetuai program pembahagian makanan di kawasan kejiranan Sunnyside. Inisiatif tersebut bermula pada Mac, di mana Moncayo mengambil alih sebulan kemudian, ketika mereka dijangka untuk membantu ratusan penduduk.

    Salah seorang sukarelawan yang terlibat dalam aktiviti yang bermula pada Mac. – AP
    Sofia Moncayo berbincang dengan salah seorang sukarelawan yang bertugas mengagihkan makanan tersebut. – AP

    Sejak itu, Moncayo berdepan dengan pergelutan. Dia telah dipaksa untuk cuti daripada pekerjaannya di sebuah syarikat binaan dan kekal tidak bekerja. Dia juga menanggung hutang bayaran sewa bagi studio seni bela diri selama yang tertunggak selama lima bulan, yang mana studio tersebut dimiliki oleh dia dan suaminya di kawasan kejiranan tersebut.

    Teruskan kehidupan

    Tetapi dia tetap meneruskan kempen mengumpulkan dana dan mengkoordinasi puluhan sukarelawan yang menyertai usaha menolong orang ramai bagi mengagih-agihkan lebih dari 1,000 kotak yang berisi makanan untuk diberikan kepada keluarga yang memerlukan dua kali seminggu.

    “Saya merasakan memberikan pertolongan kepada orang lain mempunyai hubung kait dengan otak kita kerana jika kita tidak melakukan sesuatu seperti yang kami buat, bagi saya semua perkara akan menjadi lebih menakutkan,” katanya.

    “Berkemampuan untuk terlibat dan membantu orang lain, ia memberikan anda perspektif dan membantu anda percaya bahawa semuanya akan kembali seperti sedia kala,” tambahnya.

    Sumbangan pelbagai pihak

    Kebanyakan makanan didermakan oleh restoran-restoran di kawasan kejiranan dan sumber lain. Kumpulan tersebut turut menerima bantuan daripada program Peladang ke Kotak Makanan Keluarga yang dikendalikan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat.

    Moncayo, yang dilahirkan di Colombia, tergerak untuk menjadi sukarelawan disebabkan oleh pengalaman kekurangan makanan yang pernah dihadapinya ketika dia membesar di New York suatu ketika dahulu. Dia mengenang kembali bagaimana dia akan menyertai keluarganya untuk beratur bagi mendapatkan roti dan keju dari pantri dan bagaimana kadangkala dia merasa malu.

    Moncayo mendedahkan dia merasa malu kerana terpaksa beratur untuk mendapatkan makanan.

    Salah satu perkara yang kami ingin pastikan ialah kami tidak mahu melihat orang yang berada di pantri sebagai orang yang memerlukan makanan, dan hanya memberikan tumpuan, ‘Hey, me-reka ini jiran kita’, jelasnya.

    Salah seorang penduduk Sunnyside, Carol Sullivan hilang pekerjaan sebagai pengurus apabila teater Broadway ditutup disebabkan oleh penularan virus. Pada mulanya dia merasa ragu untuk menerima makanan dari pantri tersebut, tetapi dia berkata bahawa Moncayo serta sukarelawan yang lain membuatkan dia terasa seperti dialu-alukan.

    “Ia seperti rantaian hubungan kepada komuniti yang saya tidak pernah merasai sebelum ini dan ia juga membantu memberikan kegembiraan kepada yang memerlukan, di mana mereka mempunyai wang untuk membayar makanan berbanding membayar segala bil,” kata Sullivan.

    “Jikalau anda mempunyai satu dolar, anda terpaksa menahan dari menggunakan wang tersebut di kebanyakan tempat. Mempunyai wang akan membuatkan pilihan anda kurang memberi tekanan.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda