Tuesday, March 25, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Lubnan rompak bank dengan pistol palsu, didenda

    BEIRUT, 6 OKT – Seorang hakim Lubnan hari ini mendenda dan mengeluarkan larangan perjalanan selama enam bulan terhadap seorang wanita yang menyerbu bank dengan pistol palsu dan mengambil wang simpanannya untuk menampung rawatan kanser kakaknya.

    Bank-bank Lubnan yang kekurangan wang telah mengenakan had ketat ke atas pengeluaran mata wang asing sejak 2019, menyekat simpanan untuk berjuta-juta orang.

    Kira-kira tiga perempat daripada penduduk jatuh dalam kemiskinan apabila ekonomi negara kecil Mediterranean itu berterusan menurun. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda