Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita maut dihempap pokok ketika ribut

    ROME, 7 JULAI – Seorang wanita maut akibat ditimpa pokok tumbang semasa ribut kuat melanda bahagian utara Itali kelmarin, menurut laporan perkhidmatan kecemasan.

    Ribut tersebut berlaku selepas seminggu negara itu dilanda gelombang haba, di mana pihak berkuasa di beberapa bandar mengeluarkan amaran merah berhubung cuaca ekstrem, kerana suhu panas yang dianggap mengancam nyawa termasuk individu sihat.

    Menurut Jabatan Bomba Itali menerusi platform X, pasukan mereka telah menerima lebih 50 panggilan kecemasan berkaitan kerosakan akibat angin kencang, hujan lebat dan banjir kelmarin.

    Seorang wanita di Robechetto con Induno, yang terletak di barat Milan, dilaporkan maut apabila sebatang pokok tumbang mengenai dirinya.

    Beberapa kawasan di utara Itali masih berada dalam status amaran jingga, satu tahap di bawah status tertinggi amaran merah bagi cuaca ekstrem.

    Pada Sabtu, hujan lebat memaksa Lapangan Terbang Bergamo yang terletak di timur laut Milan untuk mengalihkan 13 penerbangan ke destinasi lain.

    Manakala kelmarin, ibu kota wilayah Lombardy, Milan, mengalami hujan lebat berserta hujan batu yang menyebabkan pasukan bomba terpaksa melakukan pelbagai operasi menyelamat. Semua taman awam di bandar itu turut ditutup sebagai langkah keselamatan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda