Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita maut dilanggar motosikal

    LONDON, 24 MEI – Duchess of Edinburgh merakamkan ucapan takziah hari ini selepas kematian seorang wanita berusia 81 tahun yang dilanggar motosikal yang merupakan sebahagian daripada pengiring polis diraja United Kingdom.

    Sophie, isteri Putera Edward, melahirkan rasa simpatinya atas kematian Helen Holland, yang dilanggar di persimpangan London Barat pada 10 Mei.

    “Duchess of Edinburgh sangat sedih mendengar Helen Holland telah meninggal dunia,” kata Istana Buckingham. “Ucapan takziah dan simpati Yang Teramat Mulia kepada semua keluarga Holland.”

    Anak lelaki Holland, Martin, memberitahu BBC bahawa ibunya meninggal dunia selepas mengalami “beberapa tulang patah dan kecederaan dalaman yang besar.” Holland, yang berasal dari Essex, dilaporkan telah melawat kakaknya di London.

    Anak lelakinya berkata dia bertarung “nyawa selama hampir dua minggu tetapi kerosakan yang tidak dapat dipulihkan pada otaknya akhirnya menamatkan pertarungan hari ini.”

    Pejabat Bebas Tatalaku Polis sedang menyiasat nahas itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda