Thursday, February 9, 2023
30.8 C
Brunei

-

Wanita maut ditembak depan rumah

NARATHIWAT, 2 DIS – Seorang suri rumah maut selepas terkena tembakan di depan rumahnya di Tak Bai, Narathiwat dalam kejadian pada kira-kira pukul 10:20 pagi (waktu tempatan) kelmarin.

Timbalan Ketua Polis (Siasatan) Tak Bai Kapt Pol  Phutida Nitichart berkata wanita yang berusia  44 tahun itu maut di tempat kejadian dengan beberapa kesan tembakan pada bahagian dada.  

Beliau berkata polis telah menahan seorang lelaki di sebuah kedai kopi yang terletak berdekatan tempat kejadian.

“Saksi memberitahu polis bahawa suspek yang memakai pakaian seragam renjer telah mengugut penduduk tempatan sebelum kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Phutida berkata motif kejadian masih dalam siasatan polis. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kim Jong Un bawa anak perempuan lawat markas tentera

SEOUL, KOREA SELATAN, 8 FEB - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un membawa anak perempuannya melawat kem tentera bagi menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan...
- Advertisment -