Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita maut ditolak teman lelaki dari tingkat 23

    SHAH ALAM, 29 FEB – Seorang wanita warga Thailand maut dipercayai ditolak teman lelakinya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam, Shah Alam, Malaysia, semalam.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 10:02 malam dan menurut saksi kejadian, berlaku pergaduhan antara suspek berumur 37 tahun dengan wanita itu sebelum ditolak dan terjatuh di tingkat tujuh kondominium terbabit.

    Mohd Iqbal berkata siasatan mendapati mangsa ialah wanita warga Thailand berusia 32 tahun dan tidak bekerja.

    “Suspek iaitu lelaki tempatan ditahan di lokasi kejadian pada 10:10 malam. Hasil semakan mendapati pemandu lori itu mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah. Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis kanabis,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda