Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita maut, suami cedera dalam nahas jalan raya

    MANILA, 18 MAC – Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggang bersama suaminya dirempuh sebuah bas yang sedang memotong di sepanjang lebuh raya di wilayah Rizal kelmarin, kata polis.
     
    Kemalangan itu berlaku sekitar jam 4 pagi ketika pasangan itu melalui lebuh raya di bandar Taytay. Wanita itu maut di tempat kejadian manakala suaminya cedera di lengan kiri.
     
    Siasatan awal menunjukkan pemandu bas itu tidak sabar dan memutuskan untuk memotong motosikal yang bergerak perlahan di hadapannya.
     
    Polis menahan pemandu bas itu sementara siasatan dijalankan. – Xinhua
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda