MEXICO CITY, 26 JAN – Ratusan aktivis kewanitaan berkumpul kelmarin di sebelah monumen insiden pembunuhan seorang wanita Mexico sebelum membanjiri jalan-jalan di ibu kota dan menyimbah pegawai polis wanita dengan cat merah.
Ini merupakan yang terbaharu dalam satu siri protes keganasan yang melibatkan semua wanita yang membanjiri jalan sejak Ogos, apabila beribu-ribu wanita berhimpun di jalan-jalan di Bandar Raya Mexico dalam kemarahan atas dakwaan rogol seorang remaja oleh polis bandar dan keganasan semakin menular terhadap wanita.
Sekarang, kumpulan kewanitaan sendiri merasa seperti menjadi sasaran selepas dua rakan aktivis mereka di bunuh bulan ini di beberapa bahagian negara.
“Sekali lagi wanita berhimpun di jalan-jalan untuk menyuarakan luahan kepada masyarakat bahawa mereka membunuh kami,” kata Nelly Ornelas, 24, yang tergolong dalam kolektif dikenali ‘Cinta Bukan Keganasan’, yang bertujuan untuk menghapuskan keganasan rumah tangga. – AP
