Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Mexico dipenjara 20 tahun kerana rompak, tembak peluncur

    MEXICO CITY, 21 NOV – Seorang wanita Mexico dijatuhi hukuman penjara 20 tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan ganas dalam kes pembunuhan seorang warga Amerika dan dua peluncur Australia pada 2024, menurut pihak berkuasa kelmarin.

    Pejabat Pendakwa Negeri Baja California berkata dalam satu kenyataan bahawa seorang hakim pada Rabu menjatuhkan hukuman terhadap Ary Gisell Silva Raya berhubung kes dua beradik Australia, Callum Ryan Robinson dan Jake Martin Robinson, serta rakan mereka, Jack Carter Rhoad, di mana mayat mereka ditemui di kawasan terpencil kira-kira 80 kilometer di selatan Ensenada, Mexico.

    Menurut pejabat pendakwa, Silva Raya telah berhubung dengan ketiga-tiga warga asing itu di kawasan pesisir Punta San Jose dan ‘menghasut rakan-rakannya untuk merompak harta benda mereka.’

    Dia merupakan pasangan kepada salah seorang suspek yang didakwa membunuh warga Amerika dan Australia berkenaan, yang telah datang dari California untuk aktiviti meluncur ombak di kawasan itu.

    Ketiga-tiga peluncur tersebut telah dirompak dan ditembak, sebelum mayat mereka dibuang ke dalam sebuah perigi terpencil tempat penyiasat menemui mereka kemudian. – AP

    Gambar para peluncur asing yang hilang dipaparkan pada poster di pantai Ensenada, Mexico, 5 Mei 2024. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda