Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Nov – Mahkamah Majistret menjatuhi denda $2,100 terhadap seorang wanita yang mengaku bersalah memiliki sejumlah rokok yang tidak diisytiharkan kepada pihak kastam.
Hukuman denda dijatuhkan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid terhadap Che Mah binti Haji Bakar.
Defendan didapati memiliki tujuh karton dan 10 paket rokok di dalam keretanya ketika pemeriksaan dijalankan di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 4 Julai 2014.
Gagal membayar denda akan menyebabkan defendan dipenjarakan selama tiga bulan.