Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Ogos – Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda $1,000 terhadap seorang wanita atas kesalahan memiliki rokok dan minuman keras yang tidak diisytiharkan kepada pihak kastam.
Mahrimi binti Haji Karim, 32, mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki tiga paket dan satu karton rokok serta 12 tin minuman keras dalam keretanya ketika ditahan di Pos Kawalan Kastam Ujong Jalan pada 27 April 2017.
Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain mengarahkan defendan membayar denda tersebut, hari ini, dan jika gagal berdepan sebulan penjara.