YANGON – Sekatan untuk menikmati makanan di restoran-restoran di seluruh Myanmar semasa wabak COVID-19 telah menjadikan perkhidmatan penghantaran makanan naik mendadak sejak beberapa bulan yang lalu.
Khin Min Shin adalah salah seorang yang ingin menyahut cabaran itu dalam hidupnya sambil mencari nafkah.
Sudah lebih dari tiga minggu sejak Khin mengikuti pasukan penghantaran foodpanda, rangkaian penyampaian makanan antarabangsa, langkah pertama dia menuju dunia pahlawan yang tidak diketahui bagi para pencinta makanan di Yangon.
Hampir sepanjang hari menunggang basikalnya tidak membuat Khin bimbang dijangkiti virus berkenaan. “Saya tidak takut dijangkiti, tetapi takut membawa virus itu pulang dan keluarga saya dijangkiti. Jadi, saya menjaga kebersihan diri dengan baik,” kata Khin kepada media.
Walaupun beberapa buah syarikat penghantaran telah memperkenalkan sistem pembayaran tanpa sentuhan, sistem ini belum banyak digunakan oleh pelanggan dan kebanyakan pelanggan masih bergantung pada sistem pengiriman tunai di negara ini.
“Saya berusaha sedaya upaya untuk mengikuti langkah-langkah kesihatan seperti menjarakan fizikal atau menggunakan pembersih tangan semasa menghantar makanan kepada pelanggan,” kata Khin.
Para penghantar seperti Khin telah meningkatkan tenaga mereka untuk bekerja keras dalam mengejar kehidupan yang sejahtera dengan tetap kuat menghadapi krisis yang sedang dihadapi negara ini.
Khin Min Shin melalui 14 hingga 17 laluan setiap hari bergantung pada pesanan yang dibuat oleh Yangonites yang berkurung di rumah.
Beristirahat dari kehidupan latihannya di salah satu rangkaian hotel kelas atas di Yangon, Khin, 20, memulakan kerjayanya sebagai penghantar wanita pada awal bulan ini, yang diilhamkan oleh ibu saudaranya yang juga menjalankan beberapa perkhidmatan penghantaran secara kecil-kecilan.
“Keletihan tentu saja berbeza jika saya harus membandingkan kehidupan penghantaran saya sekarang dan pekerjaan terdahulu. Tetapi, menunggang basikal sesuatu yang tidak biasa dengan saya dan itulah yang saya gemari,” Khin menceritakan kehidupan pekerjaan sebelumnya di hotel dengan menunggang basikal sebagai kenderaannya untuk datang dan balik bekerja. – Xinhua