NESMA Embroidery adalah seorang peniaga tempatan yang berkhidmat dengan seorang pengusaha Saudi dan juga aktivis sosial, Sheikh Saleh Al-Turki. Nesma telah menggaji wanita-wanita Saudi dari pelbagai latar belakang sama ada dari kampung atau pun bandar raya untuk menjalan perniagaan itu.
Nesma ditemani bersama dengan anak perempuannya, Noura Alturki, Pengurus Eksekutif Nesma Group Support Service dan bekerja bersama ibunya untuk menjalankan perusahaan ibunya itu. Peniaga itu meletakkan impian untuk mempunyai sebuah kilang di setiap kampung di negara itu.
Nesma Embroidery dibuka pada tahun 2009, sebuah pertubuhan NGO dan telah menyediakan pekerjaan bagi 40 orang wanita Saudi yang mempunyai masalah kurang upaya bertutur dan mendengar.
Wawasan Sheikh Saleh AlTurki ialah untuk menubuhkan industri kebangsaan untuk menggaji wanita-wanita untuk menjahit dan sulaman dan menyediakan mereka dengan makanan, jaminan sumber pendapatan untuk menyara kehidupan mereka sendiri dan menyediakan standard produk berkualiti yang memenuhi standard antarabangsa dan tempatan.
Mengurus perniagaan
Wanita-wanita Saudi yang bekerja dalam perniagaan tempatan sulaman ini di Nesma Embroidery mengurus semua peringkat pengeluaran sama ada dari bidang konsep hingga pengeluaran, hinggalah kawalan kualiti dan pengedaran. Kilang-kilang itu bertapak di Jeddah, Dammam dan Khulais. Kelak mereka akan membuka lagi sebuah kilang di Thuwwal. Rana Abdulah Zumai yang mengurus Nesma Embroidery sempat ditemu bual oleh wartawan Saudi Gazette baru-baru ini.


Penggerak sendiri, Zumai adalah pengurus am dan penting bagi institusi ini yang pengendali semuanya. Dia berkata syarikat ini menumpu pada memperkasa wanita-wanita Saudi yang datang dari kawasan-kawasan berlainan di negara itu dan untuk memberi laluan bagi yang lain untuk mengikut sama. Zumai juga menegaskan bahawa Nesma percaya dalam memberikan tanggung jawab kepada wanita-wanita yang kurang upaya adalah peluang untuk menyara diri mereka sendiri dan juga keluarga mereka.
“Kami banyak cerita-cerita kejayaan dan itu membuatkan saya berasa bangga. Salah seorang wanita kami yang separuh tuli dan seorang lagi yang hanya boleh melihat dengan satu mata. Tetapi mereka adalah yang terbaik dengan apa yang mereka lakukan dan membuatkan kami merasa begitu bangga di atas pencapaian mereka!”.
Satu kekurangan
Namun menggaji wanita-wanita Saudi dari kampung berdepan dengan cabaran terutamanya di tempat-tempat wanita tidak diambil bekerja dan mereka tidak mempunyai kemahiran bagi pekerjaan asas dan skunder. “Ia tidak mudah. Pada mulanya kami berdepan dengan rasa berat dan penolakan. ‘lelaki akan melatih kami dan kami tidak pernah melakukannya sebelum ini,” dia mengakui.
Dalam gelombang kebudayaan baru, wanita-wanita Saudi yang tidak pernah bekerja sebelum ini atau menyangka ketidakmampuan mereka tidak akan pernah melayakkan mereka untuk mendapat pekerjaan, kini diminta supaya terlibat, belajar dan bekerja untuk Nesma.

Mencapai peluang yang ada
“Saya sendiri telah bercakap kepada wanita-wanita. Saya menyatakan kepada mereka bahawa ini adalah peluang yang tidak akan datang kepada semua orang. “Orang lain berkeinginan ini akan berlaku pada mereka, tetapi ia berlaku kepada kamu. Hanya kerana kamu wanita-wanita Saudi tidak menjangka wang akan datang kepada kamu. Peluang-peluang ini tidak datang dengan semudahnya.” Kami membawakan pasukan pakar antarabangsa yang menelan kos banyak untuk melatih mereka dan mengekalkan kualiti dan standard tinggi apabila menyentuh tentang pengeluaran dan malah mesin-mesin yang kami gunakan. Kami memujuk mereka dan mereka mendengarnya. Kini ada wanita-wanita yang pergi bekerja setiap hari dari Khulais ke Jeddah. Saya malah mempunyai tempat penjagaan harian kanak-kanak untuk anak-anak mereka. Perkara ini penting dan perlu bagi kesejahteraan dan kegembiraan tenaga kerja,” ujarnya.
Zumai adalah salah seorang wanita itu yang memiliki kemampuan semula jadi untuk memahami dan menyampaikan apa yang dianggap oleh adalah paling penting. “Menggembirakan orang juga membuatkan saya gembira. Para pemilik begitu mempercayai saya dan saya menghargai mereka telah memberikan saya begitu banyak keyakinan dan kebenaran untuk membawa masuk orang, melatih mereka dan malah dengan perkara yang tidak berkaitan dengan saya, mereka mempercayai pendapat saya dan itu adalah kerana merekalah saya mampu melakukan semua ini. Terutamanya Nura Alturki yang menjadi penyokong dan mentor kami.” Uniform dan pakaian kebanyak perusahaan tempatan dan antarabangsa yang termasuklah pereka-pereka fesyen dan spa adalah dari Nesma Embroidery.
“Lazimnya orang membawa segala-galanya dari China atau ‘outsource’ penghasilan mereka. Kami mahu membentuk industri kami sendiri,” kata Zumai. “Saya bersedia untuk membentuk segala-galanya tanpa asas di sini kerana kami mampu,” tambah Zumai lagi kepada wartawan. Nesma Emroidery adalah sebahagian kumpulan Nesma – Agensi