Sunday, April 27, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Pakistan berarak sempena IWD

    ISLAMABAD, 8 MAC – Ratusan wanita berhimpun di seluruh Pakistan hari ini sempena Hari Wanita Antarabangsa (IWD), sebuah pergerakan yang sering mendapat kritikan daripada kumpulan agama sayap kanan kerana didakwa dipengaruhi oleh Barat.

    Dikenali sebagai Perarakan Aurat, wanita berarak di bandar-bandar utama untuk mengetengahkan isu-isu seperti gangguan jalanan, buruh kontrak dan kekurangan wakil di parlimen.

    “Kami menghadapi pelbagai jenis keganasan: keganasan fizikal, seksual, budaya di mana wanita diperdagangkan untuk menyelesaikan pertikaian, perkahwinan kanak-kanak, rogol, gangguan di tempat kerja dan di jalanan,” kata Farzana Bari, penganjur utama Perarakan Aurat di Islamabad, di mana ratusan wanita berkumpul untuk menari, bersorak dan mendengar ucapan.

    “Orang ramai di Pakistan tidak dihukum, terdapat budaya bebas daripada hukuman.”

    Di Pakistan, hanya 21 peratus wanita berada dalam pasaran kerja dan kurang daripada 20 peratus gadis di kawasan luar bandar belajar di sekolah menengah, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

    Hanya 12 wanita dipilih secara langsung ke parlimen daripada 266 kerusi pada pilihan raya bulan lalu. – AFP

    Aktivis wanita mengambil bahagian dalam Perarakan Aurat, bagi menandakan Hari Wanita Antarabangsa di Islamabad kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda